Status Terbaru
Sahaja Aku Menulis kerana . . . ?? Bla...bla ...bla

Tips nak kurangkan harga minyak.... (recomended by my frenz)



Ni petua yang baru aku dapat dari petugas stesen minyak ****
masa2 tengah gawat dengan harga minyak naik melambung ni tentu korang nak isi minyak dengan harga yang dulu atau lagi murah dari dulu aku dengan supervisor minyak ni agak rapat la, so dia rasa aku org yang agak sesuai kot utk dia berikan tips mcm mana nak turunkan harga 1.80 sen kat pam minyak jadi 1.00 or suka ati korang la nak letak berapa sen…
mula2 mmg aku tak percaya… tapi……
1. korang kena gi kaunter pam tu cakap nak isi penuh bagi le berapa pun… dengan mengatakan isi penuh jer korang boleh setting balik harga kat pam korang pilih tu… tak kira la pam 1 ke, pam 2 ker jgn pam angin atau NGV sudah la…
2. korang gi balik kat pam korang tu, dan jgn angkat nozel lagi.
3. kat pam tu kan ada dua punat2 utk nomor (bukan utk credit card tau) yang bawah pada screen liter tu… kira mcm nak isi manual nyer harga la
4. korang tekan ‘clear’ – utk resetkan harga yang kaunter minyak tu set tadi
5. then korang tekan enter – 3x
6. then korang tekan ’0′ , ’0′, ’1′, ’0′, ’0′ (1.00 sen seliter) atau korang tekan la berapa pun korang suka
7. pastu korang tekan enter – 3x sekali lagi
8. tekan butang clear – 2x
9. then korang tekan berapa puluh korang nak isi
10. tekan enter lepas dah masukkan nilai isian pastu… supervisor petrol pam akan jumpa korang
“woi apa ko buat ni… main tekan-tekan ni… xde keje lain ker…!!!!”
so korang dengan muka selamba isi jer minyak dengan harga baru kerajaan..
Hahahahahah , Ingat stesen minyak tu bapak korang punya ke nak murah2.. Dah3 , gi buat kerja .. Berangan je lebih!

Murtabak Maggi

Assalamualaikum!!!

lama kot x update blog ni.... bape bulan ntah.. blank nak tulis apa.. ~_~ fikir~_~fikir~_~ hmpir dpt idea ~_o mkin hmpirrrrrrrr O_O ! dapat pon!!!!....

ari ni ASJ nak kongsi sket tentang resepi kegemaran ASJ... muratabak maggi... pada yg dah tau tu.. err... bce je ar ye... sedap beb murtabak meggiii....

resepi: copy2 at myresipi.com...hehehe


Bahan-bahan ( 2 ORG )

  • 2 bungkus maggie
  • 3 biji telur
  • 1 labu bawang besar
  • 1 tangkai daun bawang
  • garam secukup rasa
  • 1 bungkus perasa maggie
  • 1 biji cili merah

Cara-cara

  1. Mula-mula hiris bawang , cili merah dan daun bawang.
  2. Kemudian rebus maggie sehingga lembut(jgn sampai kembang)
  3. Pecahkan telur dan pukul sehingga kembang serta masukkan secubit garam.
  4. Selepas itu masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam telur (maggie, hirisan bawang, daun bawang, cili merah dan perasa maggie.
  5. Gaul rata bahan-bahan tersebut.
  6. Akhir sekali panaskan kuali dan masak seperti lempeng dan biar kekuningan.
  7. Sedap dimakan ketika masih panas-panas bersama sos.


nak lg sedap makan ar ketika sarapan atau perut kosong... memang sedap n mengenyangkan... hehehehe.. cube tau. kalau ade yg perlu dibaiki, leh ar kongsi dgn ASJ...hehehe